Tuesday 5 April 2016
Monday 4 April 2016
SELAMAT DATANG LAMAN BLOG KANTIN SK DESA AMAN
GARIS PANDUAN KANTIN SEKOLAH (GPKS)
Latarbelakang
· Peranan dan fungsi kantin sekolah amat penting dalam pendidikan.
· Meningkatkan aspek-aspek pengurusan bagi menjamin kebersihan serta mutu makanan yang dijual sangat diperlukan.
· 1983~Jawatankuasa
bersama Rancangan Kesihatan Sekolah (Para pegawai Kementerian Kesihatan
dan Kementerian Pendidikan) – terbitkan GPKS.
· 1987~Jawatankuasa Teknikal (KKM & KP) ditubuhkan untuk:
(i) Kaji semula GPKS
(ii) Selaraskan GPKS dengan Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Isi kandungan GPKS
· Tujuan garis panduan
· Peranan dan fungsi kantin sekolah
· Peranan guru besar / pengetua
· Bangunan, kemudahan dan alat-alat kelengkapan kantin
· Kakitangan kantin sekolah
· Penyeliaan, penyimpanan dan penghidangan makanan serta minuman
· Bahan-bahan makanan dan minuman
· Kawalan kebersihan
· Keselamatan
· Pengurusan kantin sekolah
· Lampiran-lampiran (9 lampiran)
Lampiran-Lampiran:
Bil
|
Jenis Lampiran
|
Keterangan
|
1
|
Lampiran I
|
Bidang perniagaan yang didaftarkan dengan Kementerian Kewangan
|
2
|
Lampiran II
|
Salinan
surat pekeliling Ikhtisas Bil.1/1981 mengenai Jualan Makanan dan
Minuman di Kantin-kantin Sekolah untuk murid-murid yang berbilang
Agama
|
3
|
Lampiran III
|
Salinan
surat pekeliling Ikhtisas Bil.5/1988 mengenai penyakit-penyakit taun,
demam kepialu, penyakit kuning dan keracunan makanan
|
4
|
Lampiran IV
|
Surat pekeliling Bahagian Pembangunan dan Bekalan Bil. 4/1987 mengenai cara pemanggilan perolehan perkhidmatan kantin sekolah
|
5
|
Lampiran V
|
Jawatankuasa Bersama Rancangan Kesihatan Sekolah
|
6
|
Lampiran VI
|
Jawatankuasa Kerja Rancangan Kesihatan Sekolah
|
7
|
Lampiran VII
|
Jawatankuasa Teknikal Garis Panduan Kantin Sekolah
|
8
|
Lampiran VIII
|
Contoh pakaian lengkap pekerja kantin sekolah (gambar)
|
9
|
Lampiran IX
|
Contoh Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah
|
(Untuk Keterangan Lanjut, Sila Rujuk Panduan Pengurusan Kantin Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia)
Tujuan Garis Panduan Kantin Sekolah
· Memberi
panduan lengkap kepada pengetua/guru besar atau pengusaha kantin untuk
mengurus, mentadbir, kawal pandu, menilai dan memberi perkhidmatan yang
sebaik mungkin.
· Kenalpasti masalah-masalah penting berasaskan keutamaan dan menimbangkan cara-cara mengatasinya.
· Mengambil tindakan-tindakan yang sistematik dan terancang sambil membuat penilaian yang berterusan.
Peranan Dan Fungsi Kantin Sekolah
· Tempat sosial berlakunya pelbagai jenis interaksi dan aktiviti di kalangan murid, guru dan para pekerja sekolah
(i) Penjualan & pembelian makanan serta minuman.
(ii) Penyediaan, penyimpanan, penghidangan dan penggunaan makanan dan minuman yang dijual ataupun diberi secara percuma di bawah rancangan tertentu.
(iii) Kegiatan-kegiatan rehat dan istirehat
(iv) Permainan-permainan ringan seperti ping pong, catur dan lain-lain
(v) Majlis-majlis perjumpaan, perbincangan dan lain-lain anjuran pihak sekolah, ibubapa atau masyarakat
· Merupakan sumber yang berkesan bagi berbagai aktiviti yang menggalakkan usaha-usaha pendidikan seperti
(i) Pengajaran
terancang dibawah mata-mata pelajaran tertentu seperti pendidikan
kesihatan, sains rumah tangga, sivik, pengajian perdagangan dsbnya.
(ii) Pelajaran tidak formal berkaitan aktiviti kokurikulum
(iii) Penggunaan bahan-bahan media masa seperti poster, papan tanda, risalah dan lain-lain
(iv) Menjalankan kajian khas menerusi pemerhatian, soal selidik dan wawancara mengenai aspek-aspek tertentu.
· Mengadakan
tunjuk ajar, kerja-kerja amali dan sebagainya mengenai makanan dan
pemakanan, kebersihan dan keselamatan makanan, keindahan dsb
· Mengadakan ceramah, majlis dailog dsb
· Mengadakan peti cadangan atau peti bantahan diikuti dengan susulan yang sewajarnya
· Menubuh
serta mengujudkan jawatankuasa kesihatan atau kantin sekolah serta
mencadang atau mengambil tindakan sewajarnya bagi mengawasi dan
memperbaiki lagi penggunaan dan perkhidmatan kantin sekolah.
Peranan Guru Besar / Pengetua
· Mengawasi semua aspek berkaitan kantin sekolah
(i) Bangunan dan kemudahan-kemudahan sedia ada termasuk alat kelengkapan dari segi keberkesanan fungsinya.
(ii) Kebersihan bangunan kantin, kemudahan-kemudahan dan alam sekitar kantin sekolah.
(iii) Kebersihan makanan dan minuman.
(iv) Keselamatan di kantin sekolah.
(v) Kelakuan dan amalan pengusaha dan pekerja.
(iv) Mutu dan kesesuaian makanan dan minuman yang dijual dari segi nilai pemakanan, harga,
kepentingan agama dsb.
· Pengurusan dan pentadbiran kantin sekolah pada masa jangka pendek serta pengelolaan dan penyeliaannya pada jangka panjang.
Bab 1 Bangunan, Kemudahan Dan Alat Kelengkapan Kantin Sekolah
(1) Bangunan
· Lantai: licin, mudah cuci
· Dinding: cerah, tahan api
· Siling: cerah (putih)
· Pengudaraan: cukup, sempurna
· Pencahayaan: cukup, sempurna
· Keindahan: hiasan spt bunga, poster dsb
(2) Kemudahan
· Kemudahan asas bagi kantin sekolah
· Bekalan air bersih mencukupi
· Tempat penyediaan makanan/dapur yang bersih dan sempurna
· Tempat penyimpanan bahan makanan yang bersih
· Kaunter jualan yang sesuai
· Tempat makan murid-murid dan guru-guru yang bersih dan teratur
· Tempat membasuh tangan atau pinggan
· Tempat membuang sampah atau air limbah yang sempurna
· Tandas yang sempurna untuk pekerja kantin
· Tempat persalinan pakaian atau bilik rehat
(3) Alat Kelengkapan
· Alat-alat kelengkapan
· Dapur gas/minyak tanah
· Periuk
· Pinggan mangkok
· Senduk
· Sudu dan garpu
· Kayu penyepit
· Pisau
· gelas
Bab 2 Kakitangan Kantin Sekolah
(1) Kesihatan pekerja
· Telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan diakui sihat oleh doktor.
· Keadaan kesihatan semasa
· Jika ada demam, cirit birit, batuk atau penyakit-penyakit lain pekerja itu tidak dibenarkan bertugas.
· Jika ada luka hendaklah dibalut dengan plaster kalis air & tidak menyediakan makanan.
(2) Para pekerja baru
· Hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu
· Pakaian pekerja Kantin sekolah
(i) Kemas dan bersopan
(ii) Apron, penutup kepala yang berwarna cerah (putih)
(iii) Tanda nama dan kad perakuan kesihatan
Bab 3 Penyediaan, Penyimpanan Dan Penghidangan Makanan Serta Minuman
(1) Bahan mentah
· Sayur-sayuran: segar
· Ikan basah: mestilah masih pejal
· Daging: tidak berubah warna
· Ayam: tidak busuk / berlendir
· Buah-buahan: segar, pejal tidak kering
· Makanan berkaleng: tidak kemek
· Roti: tidak berkulat
(2) Penyediaan makanan
· Hendaklah dijalankan dalam keadaan yang sempurna dan bersih
(i) Tempat yang sesuai
(ii) Bekalan air bersih
(iii) Peralatan yang sempurna & bersih.
(iv) Elakkan tabiat yang boleh mencemarkan makanan
(v) Makanan halal
(vi) Petua memasak
(3) Penyimpanan makanan
· Stor yang kalis roden & serangga
· Peti sejuk sempurna & bersih
· Peralatan yang bersih dan sempurna
· Penyimpanan makanan sedia untuk dimakan
· Tidak boleh menyimpan makanan bermalaman
(4) Penghidang makanan
· Diletakkan di kaunter yang disediakan
· Ditutup dan tidak terdedah kepada habuk & urungan lalat
· Hendaklah menggunakan alat-alat yang bersih seperti penyepit, sudu & garpu
· Alat pembungkus seperti plastik disediakan
· Sumber makanan dari luar hendaklah diawasi tahap kebersihannya
Bab 4 Bahan-Bahan Makanan Dan Minuman
· Kriteria pemilihan bahan makanan
· Memilih makanan seimbang
· Makanan segar
· Makanan yang mengenyangkan
· Makanan bebas daripada bahan-bahan tambahan
· Makanan yang sesuai dijual di kantin
· Makanan bermasak
· Buah-buahan
· Minuman yang berkhasiat
(1) Makanan & minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah.
· Minuman berperisa kecuali susu berperisa
· Minuman menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik
· Minuman ringan bergas
· Makanan snek seperti crackers.
(2) Makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah.
· Makanan dan minuman yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
· Gula-gula, coklat dan biskut berkrim
· Jenis-jenis
makanan yang telah dijeruk samada masam atau masin, kering atau basah
seperti asam masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia & jeruk
bawang
· Semua jenis makanan yang berupa mainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain
· Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya
· Makanan yang melebih tarikh luput tempoh gunanya.
Bab 5 Kawalan Kebersihan
(1) Kebersihan diri pekerja
· Basuh tangan dengan sabun selepas ketandas dan sebelum menyediakan makanan.
· Rambut dan kuku sentiasa pendek dan bersih
· Pakaian bersih dan kemas
(2) Kebersihan alat atau perkakas kantin
· Pisau, alas pemotong, kain pengelap dsb
(3) Kebersihan kemudahan kantin
· Tempat sedia makanan, tandas, sinki, basin basuh tangan dan meja dan kerusi.
(4) Kebersihan dan keadaan bangunan kantin
· Lantai, longkang, dinding dan siling
· Jadual pembersihan
(5) Amalan pengendali makanan yang dilarang seperti
· Meludah, merokok, menyikat rambut, berbual-bual, ketawa, batuk dan bersih
Bab 6 Keselamatan
· Langkah mencegah kebakaran
· Langkah mencegah kecederaan
· Keracunan makanan
· Langkah mencegah kejutan/renjatan
· Alat-alat pertolongan cemas
· Perlindungan insurans
Bab 7 Pengurusan Kantin Sekolah
· Tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar
· Peranan dan tanggungjawab guru petugas harian
· Tanggungjawab pengusaha kantin
· Jawatankuasa kantin sekolah
· Jawatankuasa sebutharga
· Pemeriksaan sekolah oleh pihak kesihatan
Subscribe to:
Posts (Atom)